Saturday 12 September 2015

ABA24 HABLUR MEMBERI TENAGA KEPADA SISTEM IMUN

ABA24 Hablur merupakan produk yang membantu mengembalikan keseimbangan sistem tubuh manusia. Ianya dihasilkan berdasarkan FORMULASI ALAMTOLOGI dengan gabungan sumber alam diantara air, garam dan gula.

ABA24 Hablur digunakan dengan cara meletakkannya di bawah lidah dan dibiarkan cair dengan sendirinya. Rasa yang unik manis, masin, masam, kelat atau pahit akan berbeza bagi setiap orang yang menggunakannya, ianya bergantung kepada kadar asid atau toksik (racun) dalam tubuh.

INFORMASI AM

Proses Keseimbangan Tubuh Manusia

Penghasilan sel-sel yang akan membentuk tisu dan organ dalam tubuh adalah secara semulajadi mengikut hukum alam. Sel-sel yang terbentuk ini adalah berdasarkan peta atau plan dasar yang sedia ada pada sel tunjang dalam sumsum. Oleh yang demikian, penghasilan sel yang normal akan memastikan system keseimbangan tubuh akan berjalan dengan lancar, namun apabila sel tunjang menghadapi masalah dalam menghasilkan sel tubuh, maka pelbagai masalah pada tubuh akan timbul dan segala masalah yang sedia ada tidak dapat dipulihkan.

Masalah sel tunjang berlaku dalam bentuk kuantiti atau kualiti. Contohnya, masalah secara kuantiti ialah penghasilan sesuatu sel secara berlebihan atau berkurangan daripada bilangan yang sepatutnya. Fenomena sebegini pasti mendatangkan penyakit kepada tubuh manusia. Jika sel imuniti berkurangan, maka sistem pertahanan tubuh menjadi lemah, ini menyebabkan pelbagai mikroorganisma seperti bakteria dan virus boleh menembusi tubuh dengan mudah, dan akhirnya muncul masalah-masalah tertentu pada tubuh manusia. Jika sel bertumbuh secara berlebihan pula, kawasan yang berkenaan boleh menghadapi ketumbuhan.

Manakala, masalah secara kualiti ialah penghasilan jenis sel yang tidak diperlukan. Apabila sel yang diperlukan ialah sel darah merah, tetapi sel yang dihasilkan oleh sel tunjang ialah sel darah putih; ini akan menyebabkan penyakit leukimia, dan kekurangan sel darah merah itu pula boleh menghasilkan penyakit anemia. Jika jenis sel yang dihasilkan itu adalah tidak normal, iaitu bukan salah satu daripada jenis sel tubuh, maka penyakit yang lebih berbahaya boleh berlaku iaitu barah.

Pada masa kini, gaya hidup manusia khususnya dari segi pemakanan sudah terlalu jauh menyimpang daripada hukum alam. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam makanan contohnya pengawet adalah tidak serasi dengan tubuh manusia sekaligus menjejaskan keseimbangan tubuh. ABA24 Hablur serasi dengan tubuh manusia kerana ianya diadun dari bahan asas semulajadi iaitu gula, garam dan air. Maka secara tidak langsung, ABA24 memberi panduan kepada sel tunjang yang sudah tidak jelas dengan tugasnya yang sebenar. Tambahan pula, bahan –bahan asas ini sememangnya menjadi keperluan asas badan manusia itu sendiri, maka kedua-duanya berkongsi pola yang sama.

Apabila sel tunjang sudah serasi dengan ABA24 Hablur, maka ianya akan menjadi kembali teratur dan mengikut pola atau peta yang sebenar. Kesempurnaan dalam penghasilan sel tubuh yang membentuk tisu dan organ membawa kepada kesempurnaan fungsi-fungsi tubuh, ini termasuklah fungsi melawan penyakit dan pemulihan tisu tubuh.